Nota:
- Perlindungan Takaful adalah tertakluk kepada kelulusan pihak Zurich Takaful Malaysia Berhad.
- Jika status pembangunan siap sepenuhnya, tempoh perlindungan Takaful Gadaijanji adalah selama tempoh pembiayaan pinjaman dengan tambahan satu (1) tahun.
- Tempoh perlindungan Gadaijanji bagi pembelian rumah dalam pembinaan adalah selama tempoh pembiayaan pinjaman dengan tambahan dua (2) tahun atau tiga (3) tahun mengikut status bangunan yang dipilih.
- Tempoh perlindungan Pemilik Rumah adalah selama tempoh pembiayaan pinjaman dengan tambahan satu (1) tahun.
- Jumlah Dilindungi bagi Takaful GadaiJanji akan berkurang setiap tahun bergantung kepada status pembinaan.
- Sebut harga ini adalah berdasarkan kepada umur pada tarikh hari jadi terhampir.
- Sebut harga ini adalah tertakluk kepada maklumat sebenar yang diberikan, perubahan akan dibuat sekiranya maklumat awal diberikan kepada Zurich Takaful Malaysia Berhad didapati tidak lengkap, tidak betul atau tidak tepat.
- Pada tahun kedua Sijil ini dan seterusnya, Jumlah Dilindungi bagi Takaful Pemilik Rumah akan ditingkatkan sebanyak 2% setahun sehingga maksimum 50% daripada Jumlah Dilindungi yang asal.
Contoh Situasi:
• Jumlah Dilindungi asal bagi Takaful Pemilik Rumah = RM250,000.
• Bermula dari tahun kedua sijil, Jumlah Dilindungi meningkat sebanyak 2% iaitu RM5,000 setiap tahun.
• Pada tahun keenam, peserta membuat tuntutan kebakaran.
• Jumlah Dilindungi pada tahun keenam = RM250,000 + (RM5,000 x 5 tahun) = RM275,000
1 Cukai akan dikenakan ke atas Caruman Takaful Pemilik Rumah.
2 Jumlah Dilindungi Awal adalah Jumlah Pinjaman Asas Yang Dipohon, Jumlah Caruman Takaful Gadaijanji dan Jumlah Caruman Takaful Pemilik Rumah.